Monday, 12 December 2011
tupai
Tupai ialah sejenis rodensia daripada keluarga Sciuridae yang kecil hingga sederhana saiznya. Di kawasan-kawasan yang bertuturan bahasa Inggeris, tupai biasanya merujuk kepada spesies-spesies Sciurus dan Tamiasciurus, iaitu tupai-tupai pokok yang berbulu lebat ekornya dan yang berasal dari Asia, benua Amerika dan Eropah, kecuali Ireland. Genus-genus yang serupa boleh didapati di Afrika. Keluarga Sciuridae juga merangkumi tupai terbang serta tupai di atas tanah seperti tupai tanah, anjing prairi, dan woodchuck. Ahli-ahli keluarga Anomaluridae kadangkala disalah anggap sebagai "tupai terbang berekor sisik", walaupun ia tidak berhubungan rapat dengan tupai sebenar.
Tupai merupakan haiwan mamalia dan berdarah panas. Tupai menjaga anaknya dan merupakan haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan secara amnya.
ikan yu
Yu atau jerung adalah sekelompok (superordo Selachimorpha) ikan dengan kerangka tulang muda yang lengkap dan tubuh yang ramping. Mereka bernafas dengan menggunakan lima liang insang (kadang-kadang enam atau tujuh, bergantung pada spesies) di sisi, atau di belakang kepalanya. Yu mempunyai tubuh yang dilapisi kulit dentikel dermis untuk melindungi kulit mereka dari kerosakan, dari parasit, dan untuk menmperbaiki dinamik cecair. Mereka mempunyai beberapa deret gigi yang dapat diganti. Berbeza dengan pandangan umm, yu sebenarnya jarang menyerang manusia kecuali terasa terancam.
burung helang
Helang (bahasa Inggeris: eagle) merupakan salah satu daripada haiwan yang terdapat di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.
Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya ("mega diversity") daripada segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih daripada 1,500 vertebrat darat, lebih daripada 150,000 spesies invertebrat, lebih daripada 1,000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih daripada 4,000 spesies ikan laut.
harimau
Harimau (Panthera tigris) merupakan spesies binatang terbesar di kalangan empat jenis "kucing besar" dalam genus Panthera, dan anggota famili Felidae.[4] Harimau yang berasal dari Asia timur dan selatan ini ialah sejenis haiwan pemangsa dan maging. Subspesies harimau yang lebih besar boleh mencecah panjang 3.3 meter (11 kaki) dan berat 300 kilogram (660 paun).[5][6] Selain kebesaran dan kegagahannya, ciri-ciri terpenting yang dimiliki harimau ialah corak belang menegak berwarna gelap yang melapisi bulunya yang berwarna keputihan atau merah kejinggaan.
ikan
Ikan tergolong dalam benda hidup, kumpulan haiwan, mempunyai tulang belakang. Ciri-ciri haiwan ikan adalah seperti berikut :-
Arnab atau kelinci merupakan sejenis haiwan mamalia yang tergolong dalam famili Leporidae yang tergolong dalam order Lagomorpha. Arnab mudah dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus, gigi acip tengah yang ketara dalam mulut, kaki belakangnya yang besar berbanding kaki depan, serta ekornya yang pendek. Arnab boleh hidup secara liar mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberikan sumber makanan kepada manusia.
Dalam bahasa Melayu, perkataan "arnab" berasal dari bahasa Arab, iaitu arnab[1] (أرنب). Perkataan "kelinci" pula lebih banyak digunakan dalam bahasa Indonesia, dan berasal dari bahasa Belanda, yakni istilah konijntje yang bererti "anak arnab".[2] Apapun, ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Nusantara mula mengenali arnab atau kelinci daripada perdagangan antarabangsa pada zaman silam, padahal di Pulau Sumatera ada satu spesies arnab asli (Nesolagus netscheri) yang baru ditemui pada tahun 1972.[3] Nama saintifik famili "Leporidae" pula berasal dari perkataan lepus, iaitu arnab dalam bahasa Latin.
Dalam bahasa Melayu, perkataan "arnab" berasal dari bahasa Arab, iaitu arnab[1] (أرنب). Perkataan "kelinci" pula lebih banyak digunakan dalam bahasa Indonesia, dan berasal dari bahasa Belanda, yakni istilah konijntje yang bererti "anak arnab".[2] Apapun, ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Nusantara mula mengenali arnab atau kelinci daripada perdagangan antarabangsa pada zaman silam, padahal di Pulau Sumatera ada satu spesies arnab asli (Nesolagus netscheri) yang baru ditemui pada tahun 1972.[3] Nama saintifik famili "Leporidae" pula berasal dari perkataan lepus, iaitu arnab dalam bahasa Latin.
Monday, 5 December 2011
ular
Ular adalah reptilia tidak berkaki, berdarah sejuk yang berkait rapat dengan mengkarung (lizard), yang berkongsi aturan biologi Squamata. Sub-aturan ular ialah Serpentes. Terdapat juga beberapa mengkarung tidak berkaki yang kelihatan seperti ular, tetapi tidak berkait dengan ular. Peminat ular dikenali sebagai ofiofilia, takut akan ular dikenali sebagai "ofidiofobia" (bahasa Inggeris: snakephobia). Pakar ular dikenali sebagai ahli ofiofilia (bahasa Inggeris: ophiologist).
Dalam bahasa Inggeris, sinonim kuno bagi ular adalah serpent; dalam kegunaan moden ini merujuk kepada ular mistik atau simbolik, dan maklumat mengenai haiwan sedemikian boleh didapati di bawah simbol ular. Rencana ini berkaitan biologi ular.
kucing
Kucing (Jawi:کوچيڠ ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.
Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.
Subscribe to:
Posts (Atom)