Sunday 29 January 2012

rusa







Rusasambar, atau menjangan (Bahasa Inggerisdeer) adalah haiwan mamalia pemamah biak (ruminan) yang termasuk keluarga Cervidae. Salah satu ciri khas rusa adalah adanya antler (tanduk rusa), dan bukan tanduk, yang merupakan pertumbuhan tulang yang berkembang setiap tahun (biasanya pada musim panas) terutama pada rusa jantan (walaupun ada beberapa pengecualian). Ada sekitar 34 spesies rusa di seluruh dunia yang terbahagi menjadi dua kelompok besar: kelompok rusa dunia lama yang termasuk subfamilia Muntiacinae dan Cervinae; serta kelompok rusa dunia baru, Hydropotinae dan Odocoilinae.

penyu







Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan. Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan. Ini berbeza dengan kura-kura yang mempunyai kaki yang serupa bagi keempat-empat kakinya.
Penyu digolongkan di dalam haiwan vertebrata (bertulang belakang), kelas reptilia sama dengan ularcicakkura-kuralabi-labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercangkerang), bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang mengikut suhu persekitaran, bertelur dan merupakan haiwan marin.
Mengikut kajian yang telah dijalankan, didapati penyu telah wujud semenjak akhir zaman Jurassic (145 - 208 juta tahun ), iaitu sezaman dengan dinosaur. Penyu Archelon yang bersaiz 6 meter (20 kaki) panjang ataupun penyu Cimochelys, berenang di laut silam seperti penyu masa kini. Walaupun penyu boleh menyelam dan berada dalam air untuk tempoh yang lama, tetapi ia mestilah timbul ke permukaan air untuk bernafas. Penyu menggunakan paru-paru untuk bernafas. Kesemua spesies penyu diancam bahaya kepupusan disebabkan mengalami banyak ancaman semulajadi dan ancaman manusia sepanjang hayat mereka.
Di Malaysia, Rantau Abang, Terengganu, merupakan salah satu daripada 4 tempat penyu Belimbing mendarat untuk bertelur.